Pengajaran
Sains Berkesan
Pengajaran
berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang
berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut.
Ia
dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda
serta jasad pelajar.
Dalam
bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati
bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi
mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran
yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan
yang dijalani.
Pada
asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada:
a.
Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran,
b.
Keperluan bahan pengajaran
c.
Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran
d.
Kemahiran berkomunikasi.
Keberhasilan Pengajaran Berkesan |
1.
Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari.
2.
Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah
3.
Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah
4.
Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah.
5.
Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah.
6. Misi
dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah.
7.
Etika guru dan etika pentadbir sekolah.
8.
Keadaan dan suasana persekitaran sekolah.
9.
Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah.
10.
Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah.